Sunday, 30 August 2015

Nasi Makluba

Bonda nak berkongsi resipi Nasi Makluba. 
Masakan yang berasal dari Iran ini diberi nama nasi Makluba bererti nasi telengkup.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Nasi Makluba adalah seperti berikut:
2 pot beras basmathi (direndam sebentar)
1 kg tulang selangka kambing (direbus dengan halia muda dan kulit kayu manis)


Sebiji terung dipotong bulat
2 biji bawang dipotong bulat
2 biji kentang dipotong bulat
1 batang karot dipotong bulat
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu kecil cili paparika
2 sudu kecil lada hitam
Sedikit Safron (rendam dan diambil airnya)
Kalau tiada safron gunakan kunyit sedikit sahaja



Cara-cara memasak adalah seperti berikut:
Bonda Glamor menggunakan periuk Noxxa untuk memasak nasi ini. 

1. Letakkan sedikit minyak zaiton/ minyak sayur dalam periuk
2. Susun terung didasar periuk


3. Susun karot diikuti kentang


4. Masukkan bawang


5. Masukkan tulang selangka kambing yang siap direbus


6. Tapiskan beras kemudian gaul dengan serbuk lada hitam dan air safron atau kunyit letak atas kambing


7. Sukat air kambing. Jika beras 2 pot air pun 2 pot juga. Masukkan serbuk cili paprika dan serbuk kulit kayu manis dalam air. Letak garam secukup rasa. 


8. Masukkan air dlm periuk yang telah diletak beras tadi.

9. Tutupkan periuk dan tekan HP 7 minit



10. Selepas 7 minit .... Nasi dah masak terlungkupkan atas dulang. Nasi siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!


Saturday, 22 August 2015

Mari menjahit seluar baby dari lebihan jeans

Kalau ada jean lama jangan dibuang .
Atau jean yang kita repair ada guna lebihan kain tu. di sini
BG post beberapa gambar hasil sentuhan BG untuk semua.