Sunday, 27 December 2015

Gegirl Pencil Case

Anak perempuan biasa kita panggil ' 'gegirl'. Tahun ni gegirl dah nak sekolah tapi dia takut nak pergi apa kata ibu-ibu pujuk 'gegirl' dengan menghadiahkan tempat letak pensil 'gegirl'. Pasti si kecil kita tak sabar nak kesekolah.
Bonda tunjukkan cara membuatnya

Bahan-bahan yang diperlukan:-
Kain jeans ( BG gunakan jeans terpakai)
Kertas gam
Ribbon
Kain warna 'off white'
Butang 
Kain bercorak 
Bekas bulat size kecil 
( utk buat bulatan)
Tamplet bag 

Gunakan ukuran yang diberi untuk buat templet

Copy bentuk beg daripada templet,
garisan yang panjang dibawah adalah untuk jahit zip 

Potong garisan yang dilukis dan jahit zip disitu

Zip siap dijahit

Langkah-langkah untuk membentuk mata

Bila dah siap pinkan dikedudukan yang Bonda dlm plan di atas tadi

Jahit keliling mata (jahitan jelujur) dengan menggunakan benang yang kasar atau boleh juga dilapiskan benang tersebut supaya menjadi agak tebal .
Selesai menjahit keliling mata, jahitkan pula butang dalam bulatan tersebut. Kedudukan butang ikut suka. Warna butang biarlah yang gelap nampak macam mata hitam

Potong ribon lebih kurang 4"panjangnya.
Bonda letak 7 aje cukuplah.

Pinkan ribbon dibahagian atas beg
(Untuk buat rambut kononnya)

Cantumkan dengan bahagian belakang beg dan jahit. Selepas jahit gunting dibahagian melengkong supaya beg senang dibentuk 

Cara nak buat ribbon 
Kain panjang  4.1/2"x 2.5"
Yang kecil tu 1"x 1.3/4"
Jahit kedua-duanya dan terbalikkan

Masukkan kain yang besar dalam kain yang kecil untuk membentuk ribbon

Siap ribbon dan kita jahitkan dibahagian atas beg . Ikut sukalan nak letak  kat kiri atau kanan

Taraaaaa siaplah beg "gegirl"



Boleh gunakan kain  jeans.
Boleh dihadiahkan kepada orang tersayang.

Yang berminat silakan share.
Bonda pun dapat dari Encik Google

Saturday, 19 December 2015

Bekas Pensil/ Pencil Case

Januari 2016 akan menjengah kita tak lama lagi . Anak anak akan mula sekolah.
Tempat letak pensil ( pencil case) dah buruk nak beli ... Banyak barang lain perlu diberi keutamaan.
Buat aje sendiri, Bonda ajak semua belajar cara- cara membuatnya.

Bahan-bahan:-

1. Kain perca
2. Kain keras 
3. Kain lining
4. Zip

1. Bonda gunakan tiga keping kain plain 11"x3". ( untuk buat 2 tempat pencil).

2. 2 keping kain bunga berukuran 12"x3".

3. Kain keras 11"x13". Nanti potong dua kain keras ni.

4. Kain lining 11"x13". Pun kena potong 2 juga.

5. Cantum kain kosong dan bunga-bunga. Gosok kain keras dibahagian bawah kain.

6. Zip kalau boleh jahit sedikit dengan kain tak mahu jahit pun ok gak.

7. Jahit zip pada kain

8. Kedua-dua belah kain siap dijahit zip.

9. Letak kain lining.

10. Jahit keliling kain dan tinggalkan sedikit bahagian tidak dijahit supaya ada ruang untuk terbalikkan kain yg telah dijahit.

10. Siap tempat pensil Bonda!

Seperti dinyatakan diawal tadi, ukuran kain tersebut menghasilkan 2 tempat pensil. 

Jika tidak ada anak bolehlah diberi hadiah kepada anak buah atau anak teman-teman yang akan memulakan alam persekolahan. 

Selamat mencuba! 



Wednesday, 16 December 2015

Beg Kain Tangkai Kayu


Hari yang ceria ni , Bonda nak kongsikan cara buat beg kain tangkai kayu 

Bahan- bahan yang diperlukan :-
Kain ( Bonda guna kain perca)
Kain lining
Gunting
Tangkai Kayu

Pelan beg 
(Lain kali bila nak buat tak payahlah sibuk nak ukur) 

Pelan beg dengan ukuran ( harap dapat membantu ) jika ada yang berminat nak buat 

Kain beg siap dipotong

Potong pula kain lining

Tandakan 5 1/2" dari bahagian atas kain 
(Kiri dan kanan) dan mula menjahit lebih kurang 3/8" 
Gunting sedikit di bahagian lekok kain supaya kain tidak melengkong apabila diterbalikan 

Cantum kain beg dan lining di bahagian 5 1/2" tadi dan tinggalkan lebih kurang 4" ruang tidak dijahit supaya ada lubang untuk terbalikkan beg.

Setelah diterbalikkan tindih bahagian 
5 1/2 " tadi . Jahit pelekat dikedua-dua atas beg. Kalau nak letak butang ketap pun boleh.

Jahit tangkai kayu lebih kurang 1 1/2" setengah dari atas kain. Gunakan tapak zip untuk proses menjahit tangkai beg.

Taraaaa siap pun beg Bonda


Friday, 27 November 2015

Telur Kukus Bonda

Sebut saja telur semua orang sukakannya samada kita goreng telur mata kerbau, telur dadar, telur bungkus atau  lain-lain cara  kita pelbagaikan telur.
Hari ni Bonda nak kongsi "Telur Kukus"
Boleh makan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Telur 6 biji ( kurang pun boleh) ikut suka
2. Bawang 
3. Tomato 
4. Daun sup
5. Daging cincang 
6. Udang basah pun boleh kalau yang tak makan daging
7. Lada merah / bengala
8. Lada sulah
9. Garam secukup rasa

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Basuh telur dahulu takut ada tahi ayam melekat di kulit (Yang penting kebersihan kena dijaga)


2. Kacau telur  


3.
LADA MERAH (CAYENNE)  / LADA BENGALA (CAPSICUM)
Lada merah dipotong halus kalau pakai lada bengala, potong dadu lada tersebut, kalau pakai lada bengala rasanya lagi sedap( masa masak ni lada bengala tak ada stock)

BUAH TOMATO
Buang biji dan potong dadu

4.
BAWANG MERAH
Kupas kulit bawang dan potong dadu.
DAUD SUP
Potong halus


5.
DAGING CINCANG
Biasanya Bonda masak dahulu daging cincang dengan mencampurkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan sedikit kicap kemudian dimasak daging tersebut.
Kalau guna daging begini rasa telur kukus macam rasa murtabak.
Kalau nak masukkan daging cincang mentah boleh juga, tapi rasa telur kukus kurang enak.
Kalau tak ada daging letak udang basah boleh juga. Juga akan menghasilkan rasa yang berlainan .



6. Masukkan semua bahan di atas dalam telur dan kacau rata jangan lupa masukkan lada sulah serbuk dan garam secukup rasa


7.
BEKAS KECIL
Sapu bekas kecil dengan minyak atau butter supaya telur tidak melekat apabila telah masak
Kalau bekas kecil ni tak ada, pakai loyang yang sederhana besarnya pun boleh juga.



8. Masukkan telur dalam bekas kecil dan terus masuk dalam periuk untuk mengukus.
Masa untuk mengukus selama 12 minit.


9. Telur yang siap dikukus makan dengan cili sos pun sedap



Telur kukus yang menggunakan bekas kecil




Telur yang dikukus pakai loyang yang bersaiz sederhana.
Enak dimakan dengan nasi atau begitu sahaja.