Friday, 27 November 2015

Telur Kukus Bonda

Sebut saja telur semua orang sukakannya samada kita goreng telur mata kerbau, telur dadar, telur bungkus atau  lain-lain cara  kita pelbagaikan telur.
Hari ni Bonda nak kongsi "Telur Kukus"
Boleh makan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Telur 6 biji ( kurang pun boleh) ikut suka
2. Bawang 
3. Tomato 
4. Daun sup
5. Daging cincang 
6. Udang basah pun boleh kalau yang tak makan daging
7. Lada merah / bengala
8. Lada sulah
9. Garam secukup rasa

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Basuh telur dahulu takut ada tahi ayam melekat di kulit (Yang penting kebersihan kena dijaga)


2. Kacau telur  


3.
LADA MERAH (CAYENNE)  / LADA BENGALA (CAPSICUM)
Lada merah dipotong halus kalau pakai lada bengala, potong dadu lada tersebut, kalau pakai lada bengala rasanya lagi sedap( masa masak ni lada bengala tak ada stock)

BUAH TOMATO
Buang biji dan potong dadu

4.
BAWANG MERAH
Kupas kulit bawang dan potong dadu.
DAUD SUP
Potong halus


5.
DAGING CINCANG
Biasanya Bonda masak dahulu daging cincang dengan mencampurkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan sedikit kicap kemudian dimasak daging tersebut.
Kalau guna daging begini rasa telur kukus macam rasa murtabak.
Kalau nak masukkan daging cincang mentah boleh juga, tapi rasa telur kukus kurang enak.
Kalau tak ada daging letak udang basah boleh juga. Juga akan menghasilkan rasa yang berlainan .



6. Masukkan semua bahan di atas dalam telur dan kacau rata jangan lupa masukkan lada sulah serbuk dan garam secukup rasa


7.
BEKAS KECIL
Sapu bekas kecil dengan minyak atau butter supaya telur tidak melekat apabila telah masak
Kalau bekas kecil ni tak ada, pakai loyang yang sederhana besarnya pun boleh juga.



8. Masukkan telur dalam bekas kecil dan terus masuk dalam periuk untuk mengukus.
Masa untuk mengukus selama 12 minit.


9. Telur yang siap dikukus makan dengan cili sos pun sedap



Telur kukus yang menggunakan bekas kecil




Telur yang dikukus pakai loyang yang bersaiz sederhana.
Enak dimakan dengan nasi atau begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment