Sunday, 14 June 2015

Bawang Goreng


Bawang goreng biasanya ditabur keatas makanan sebagai hiasan dan menambah keenakan makanan tersebut.
Lazimnya setengah individu mengambil jalan mudah dengan membeli di kedai atau pasaraya. 
Rata-rata bawang goreng yang dibeli rasanya kurang enak.
Penyediaan untuk membuat bawang goreng agak remeh. Kita perlu memilih bawang yang sesuai untuk menghasilkan bawang goreng yang cantik, rangup dan tahan lama.
Bonda ingin berkongsi cara Bonda menyediakan bawang goreng.

Langkah pertama pilih bawang merah kecil, harga sekilo bagi bawang ini biasanya RM7.80.

Langkah kedua kopek bawang ini kemudian semua bawang ini dilap dengan kertas tisu.
Jangan basuh bawang tersebut kerana bawang yang lembab tidak akan menghasilkan bawang yang garing.

Akhir sekali goreng bawang. Minyak perlu betul-betul panas sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Hanya 10 minit diperlukan until menggoreng bawang.

Apabila bawang kuning keemasan terus angkat bawang dan toskan.

Selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment