Friday, 11 September 2015

Blouse

Assalamualaikum,
Kali ini Bonda Glamor hendak berkongsi menjahit blouse daripada kain perca (lebihan kain)
Kalau ada lebihan kain (lagi-lagi kalau anda seorang tukang jahit) jangan dibuang.
Bonda buat blouse dari lebihan buat telekong dan kain sarungnya .
Jom tengok kalau boleh dapat ilham untuk buat blouse sendiri. 


1. Kain pertama - Dipotong panjang kain mengikut lebar punggung + 1 + basi jahit.
Untuk kain ni Bonda potong 24" panjang lebar 5" + 1" basi jahit.

2. Kain kedua potong ukuran yang sama macam kain pertama.

3. Hasil jahitan kain pertama dan kedua. 

4. Kain ketiga 

5. Kain keempat . 
Katalah labuh baju 34" 
Cukuplah yang belang ( 4 lapis sahaja)
Kalau sampai atas belang-belang dah mcm baju banduan pulak 
Cari kain lain untuk cukupkan kain jadi panjang 34"

6. Bonda dapat sekeping kain yang menjadikan panjang kain ni 34" + basi atas dan bawah

7. Pandangan setelah dicantum 

8. Letak pola ( pelan ) atas kain yang telah dicantum

9. Kain dah siap dipotong.
Dah nampak macam blouse kan😁😁😁

10. Potong kain yang sama untuk buat hujung tangan. Kalau kain tak cukup abaikan saja yang belang- belang tu 

11. Cantumkan yang belang-belang dengan kain kosong yang lain .
Katakanlah panjang tangan tu 23" yang belang- belang tu cuma 12" jadi yang lebihan tu cuma 11 " + 1" basi atas 

12. Letak pola tangan ( pelan) atas kain yang siap dicantum dan gunting 

13. Siap dipotong dan bersedia untuk dijahit 

14. Taraaa siaplah  blouse dari perca kain. 


Hasil sentuhan Bonda untuk kali ini.
Selamat mencuba dan semuga berjaya dengan hasil yang lebih baik daripada yang ini 

No comments:

Post a Comment