Assalamualaikum dan apa khabar semua!
Sandwich merupakan makanan ringan yang dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Ianya juga makanan yang digemari ramai. Pelbagai cara untuk menyediakan sandwich ini mengikut kepakaran seseorang.
Sandwich merupakan makanan ringan yang dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Ianya juga makanan yang digemari ramai. Pelbagai cara untuk menyediakan sandwich ini mengikut kepakaran seseorang.
Di sini Bonda ingin berkongsi cara Bonda buat sandwich ala-ala hotel.
Kawan- kawan panggil sandwich saya ini "Sandwich VIP" . Walaupun agak remeh tapi hasilnya "wow" dan mantop!
Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah :-
1. Roti
2. Butter/Margarine
3. Salad panjang (cos lettuce)
4. Sardin
5. Telur
1. Sardin dalam tin dibuang kuahnya dan dilenyekkan.
Masak dengan sedikit minyak.
Masukkan bawang merah yang dipotong dadu dan juga cili merah yang dihiris halus. Jangan lupa perahkan limau kasturi untuk menghilangkan rasa hanyir pada sardin.
2. Telur direbus dan dikopek kulitnya.
Sagat (Grate) telur tersebut dan letak mayonnaise serta lada sulah (white pepper).
3. Sapu lapisan pertama roti dengan butter/ margarine keseluruhannya.
4. Letakkan telur dan ratakan .
5. Sapukan roti kedua dengan butter/ margarine dan lapiskan di atas roti yang telah diletakkan telur tadi.
6. Lapis seterusnya sapukan roti dengan butter/ margarine dan terus letak salad.
Pastikan salad tersebut rata atas permukaan roti. Sekali lagi letak roti yang telah disapu butter/ margarine atas lapisan salad tadi.
7. Lapis seterusnya sapu roti dengan butter/ margarine dan terus letak sardin dan ratakan. Pastikan lapisan ini diakhiri dengan roti yang telah disapu butter/ margarine.
8. Masukkan roti yang telah disiap dalam bekas ( Tupperware pun boleh)
Pastikan bekas tu lebih RENDAH dari paras roti (rasional untuk memampankan roti tersebut tapi jangan sampai penyek).
Simpan roti dalam peti sejuk.
Jika nak makan esok pagi bolehlah dibuat malam sebelumnya
9. Roti yang telah berada dalam peti sejuk beberapa jam dikeluarkan dari bekas.
Roti tersebut dalam keadaan keras.
Roti yang keras memudahkan proses untuk memotong roti tersebut
Potong tepi roti (keliling) untuk sandwich kelihatan cantik.
10. Satu keping roti boleh dipotong tujuh atau enam .
Boleh dipotong 2 lagi daripada tujuh lapis boleh dapat 14 keping kecil jika dihidangkan untuk jamuan di rumah
Selamat mencuba!
memang menarik bonda, lepas ni bolehlah cuba, lari dari cara buat yang stereotype....terima kasih
ReplyDelete